Jumaat, 17 September 2010

Wahai orang tua ku

Apabila ibubapa hanya punya sedikit waktu bagi kepentingan anak-anak mereka, maka kekosongan besar akan berkembang dan ideologi serta pemikiran-pemikiran yang menyimpang akan segera bergerak masuk.

3 perkara yang meningkatkan kemuliaan

  1. Memaafkan kesalahan orang lain dan menghapuskan bekas-bekasnya
  2. Memberi sesuatu kepada orang yang tidak pernah memberinya sesuatu
  3. Menyambung silaturrahim dengan orang yang memutuskan hubungan silaturrahim dengan dia.

4 perkara – hanya dengan redha Allah

Empat perkara yang tidak dapat diraih kecuali dengan keredhaan Allah s.w.t:
  1. Banyak bersikap diam
  2. Merendahkan hati (tawadhu’)
  3. Banyak berzikir kepada Allah
  4. Kesederhanaan dalam segala hal.

Pedoman Kehidupan

Barangsiapa tidak mengenali jati dirinya,  dia  akan terjerumus.
Barangsiapa takut kepada Allah, dia akan selamat.
Barangsiapa belum pernah mencuba sesuatu,  dia akan tertipu.
Barangsiapa menentang kebenaran, dia pasti akan terkalahkan.
Barangsiapa mengetahui akan datangnya ajal, pasti akan berkurangan angan-angan dan cita-citanya.

Kasih sayang suami isteri

Rasulullah s.a.w bersabda: apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka.
(Hadith Shahih)

Siapakah orang yang berakal?

Orang yang berakal ialah orang yang mengetahui dan menyedari bahawa kehidupan dunia tidak digunakan untuk bersenang-senang, kerana itu dia amat berhati-hati dalam menggunakan dan memanfaatkan masa dalam setiap kesempatan.